Tuesday, March 3, 2009

Apa itu Saham ?

Apa itu saham?

Ekuiti (Equity) = Saham (Share)

Ekuiti menawarkan potensi yang tinggi untuk penambahan modal dan ia merupakan pelaburan jangka masa panjang yang membahaya. Ekuiti adalah saham yang mewakili pemilikan sysrikat tertentu oleh pelabur. Pemilikan saham tersebut akan menjanji kepada pelabur untuk mendapat keuntungan melalui dividen.

Modal Saham
Saham adalah satu jaminan bagi mewakili sebahagian modal pemilik dalam suatu perniagaan. Para pemegang saham adalah pemilik-pemilik bagi perniagaan tersebut dan berkongsi kegagalan atau kejayaan bagi perniagaan itu. Prestasi perniagaan tersebut boleh diukur dengan jumlah dividen yang diterima oleh pemegang saham dan harga saham pasaran saham.

Secara umumnya terdapat 2 jenis saham di Bursa Saham Malaysia.

Saham Biasa (Ordinary Shares)
Juga memanggil syer ekuiti, ini merupakan modal yang berisiko sesebuah syarikat. Saham biasa memberi hak kepada pemegang-pemegang dalam pemilikan syarikat itu, seperti berkongsi keuntungan, undi dalam mesyuarat-mesyuarat agung dan memilih dan memecat ahli-ahli lembaga pengarah. Pemilikan ini juga termasuk penanggungan kerugian dalam pelaburan jika syarikat mengalami kerugian. Saham biasa merupakan modal terbesar sesebuh syarikat tetapi pemilikan saham biasa tidak mempunyai hak istimewa yang lebih daripada saham lain. Dalam keadaan pembubaran sesebuah syarikat, saham biasa diberi keutamaan yang terakhir sekali daripada liabiliti lain.

Saham Keutamaan (Preference Shares)
Pemegang saham ini akan diberi keutamaan untuk mendapat dividen sebelum pemegang saham biasa. Pemegang saham keutamaan juga boleh dapat taburan aset jika pembubaran berlaku pada syarikat tersebut.


Kesan-kesan pasaran saham kepada ekonomi
Sejauh manakah pasaran saham akan menjejas ekonomi sesebuah Negara? Setiap hari kita membaca suratkhabar, menonton berita, kandungan berita mesti ada berita tentang pasaran saham, tak kisah harga saham naik atau turun, ia akan menjejaskan semua orang.

Kesan kepada kekayaan
Pertama kesan ini adalah akan terkena pada pemegang saham, jika harga saham naik, pemegang saham mendapat untungan, jadi mereka akan membelanja dengan banyak, seperti beli barang, makan di restoran yang mahal dll. Di sebaliknya, jika harga saham turun, pemegang saham mengalami kerugian, mereka akan mengurangkan perbelanjaan. Tetapi pelaburan saham adalah pelaburan jangka panjang, jadi pergolakan harga saham pada jangka pendek tidak memberi kesan yang serius kepada ekonomi, mala penurunan harga saham pada suatu masa yang lama, akan memberi kesan yang serius sehingga, pemegang saham tersebut menjadi muflis.

Kesan kepada pencen
Kebanyakan pelaburan saham adalah dari tabung-tabung pencen. Jika harga saham jatuh dengan serius, ia akan mengurangkan nilai wang pencen dan payouts pencen yang akan datang menjadi rendah. Jika situasi ini sekian lama, ia akan menjejaskan operasi tabung-tabung pencen.

Kesan kepada pengguna
Biasanya pengolakan harga saham akan menunjukkan keadaan ekonomi semasa. Contoh, sebelum kemerosotan ekonomi berlaku, harga saham mesti jatuh dengan teruk sekali untuk suatu jangka yang panjang. Pada mula-mulanya, kejatuhan harga saham itu akan menpengaruhi kehendak atau keinginan pengguna dalam perbelanjaan. Dalam keadaan di mana, kebanyakan pengguna mengurangkan perbelajaan, jadi jualan barang berkurang akan menyebabkan ekonomi merosot.

No comments:

Post a Comment