Tuesday, March 3, 2009

Analisis Fundamental

Apa itu Analisis fundamental?

Penganalisis fundamental adalah sebuah kajian yang mendalam dan penakulan logik terhadap kuasa-kuasa yang menpengaruhi sesebuah ekonomi atau syarikat, agar data dapat disediakan untuk meramalkan harga saham yang akan datang dalam pembangunan pasaran. Konsep ini adalah disokong oleh fahaman: pasaran saham mungkin mengambarkan nilai sesuatu saham yang tidak betul dalam sesuatu jangka masa yang pendek, tetapi akhirnya akan sampai nilai yang sepatutunya. Keuntungan dapat diperolehi dengan perbezaan nilai saham tersebut dengan menunggu pasaran untuk mengenali "kesilapan" dan menyesuaikan nilai saham tersebut.

Dalam penganalisis fundamental beberapa persoalan asas yang dianalisis adalah:

Adalah pendapatan syarikat bertambah?
Adalah ia syarikat tersebut mempunyai keuntungan?
Adalah ia dalam kedudukan yang cukup kukuh untuk menghapuskan pesaing-pesaingnya pada masa akan datang?
Adalah ia berdaya bagi membayar balik hutang-hutangnya?
Adalah pengurusan mencuba menukar maklumat dalam buku akaun secara tidak sah?


Seterusnya, penganalisis fundamental dibahagikan kepada dua faktor iaitu faktor kuantitative dan faktor kualitative. Dimana, kuantitave bermaksud analisis yang dapat diukur melalui permodelan matematik dan statisik seperti: nilai sesebuah saham dan penyata kewangan syarikat; dan kualitative bermaksud pernaakulan yang tidak dapat diukur dengan matematik atau statistic seperti: pengurusan syarikat atau perhubungan awam.


1.0 Faktor kualitatif

Diantara factor kualitatif ialah:

1.1 Model Perniagaan

Model Perniagaan merupakan jenis-jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut, dan adakah perniagaannya mengutungkan?

1.2 Kelebihan Daya Saing

Satu lagi pertimbangan untuk pelabur ialah kelebihan daya saing. Kejayaan jangka panjang sesebuah syarikat adalah disebabkan oleh keupayaannya untuk mengekalkan satu kelebihan bersaing - dan meneruskan kelebihan itu. Kelebihan bersaing berkuasa, seperti Microsoft bagi sistem pengendalian komputer peribadi, mempunyai kelebihan daya saing yang dapat menahan pesaing-pesaingnya dan menikmati pertumbuhan dan keuntungan-keuntungan.

1.3 Pengurusan

Seperti satu tentera memerlukan seorang jeneral untuk mengetuai ia kepada kemenangan, satu syarikat bergantung kepada pengurusan untuk memandu ia ke kejayaan. Sesetengah pelabur mempercaya bahawa pengurusan itu adalah aspek terpenting untuk pelaburan dalam sebuah syarikat, dimana model perniagaan yang terbaik akan gagal juga, jika pemimpin-pemimpin syarikat gagal untuk melaksanakan rancangan perniagaan.

1.4 Pentabiran Korporat

Pentabiran korporat merupakan dasar-dasar dalaman sesuatu organisasi, dimana perhubungan dan tanggungjawab antara pengurusan, pengarah-pengarah dan pemegang saham dibahagikan dengan jelas. Dasar-dasar ini biasanya didefinisikan dan dirangkumi dalam piagam syarikat, peraturan kecil dalamanya dan bersama dengan undang-undang korporat. Tujuan dasar tadbir urus korporat adalah untuk pengurusan dalam syarikat lebih sukar untuk bertindak secara tidak beretika.

Salah satu petunjuk dalam pentabiran korporat yang baik adalah penyediaan penyata kewangan dalam masa yang ditetapkan serta dalam keadaan yang beretika, agar pelabur-pelabur dapat memahami hala tuju syarikat dengan jelas.

1.5 Industri

Industri bermaksud pelanggan sesebuah syarikat dimana ada syarikat yang mengeluarkan produk-produk untuk kegunaan orang ramai atau, ada yang mengeluarkan produk untuk satu segmen masyarakat sahaja. Selain itu, penganalisa perlu dibuat juga untuk memastikan bahawa produk syarikat tersebut mempunyai potensi untuk berkembang, serta undang-undang yang mengawal industri tersebut.

2.0 Faktor kuantitatif

Factor kuantitatif adalah factor yang berdasarkan nombor, conthonya seperti penyata kewangaan. Diantara penyata kewangan ialah:

2.1 Kunci Kira-kira

Kunci kira-kira itu merupakan satu rekod berkenaan aset, liabiliti dan ekuiti syarikat pada satu ketika masa. Dimana kunci kira-kira adalah berdasarkan konsep

Aset = Libiliti + Equiti Pemilik


Aset

Dimana aset boleh dibahagikan kepada aset semasa (wang tunai) dan aset tetap (kedai/bangunan). Pelabur dapat mengetahui keadaan kewangan sesebuah syarikat dengan mengetahui samaada aset semasa syarikat sedang berkembang atau sedang menyusut, dengan wang tunai yang banyak ia bermaksud syarikat sedang mengalami perjualan yang tinggi dan menyebabkan fundamental yang kukuh.


Liabiliti

Seperti aset, liabiliti juga dibahagi kepada libiliti semasa dan liabiliti bukan semasa. Liabiliti semasa adalah kewajipan firma yang mesti dibayar dalam tempoh satu tahun, seperti pembayaran kepada pembekal. Liabiliti bukan semasa, merupakan bebanan hutang syarikat dalam setahun atau jangka masa yang lebih panjang, seperti pinjaman bank.

Apabila tahap hutang adalah rendah ia adalah satu petanda baik, dan secara umumnya, jika sebuah syarikat mempunyai lebih aset daripada liabiliti, kemudian ia dalam keadaan yang kukuh. Jikalau, sebuah syarikat dengan satu jumlah liabiliti yang besar berbanding dengan aset atau mempunyai hutang yang terlalu banyak berbanding dengan keupayaan aliran tunai untuk membayar, boleh menyebabkan satu syarikat muflis.

Equiti Pemilik

Equiti pemilik adalah modal dibayar dan perolehan yang ditahan. Modal dibayar adalah jumlah wang yang dikeluarkan oleh pelabur untuk membayar saham-saham mereka apabila saham mula ditawarkan untuk orang ramai. Secara asasnya, ia mewakili berapa banyak wang sesebuah syarikat menerima apabila ia menjualkan saham-sahamnya.

Perolehan tertahan adalah jumlah keuntungan syarikat yang telah dipilih untuk dilabur semula dalam perniagaan dari sebaliknya membayar kepada pemegang saham sebagai dividen.


2.2 Penyata Pendapatan

Penyata pendapatan membentangkan maklumat pendapatan, perbelanjaan dan keuntungan yang telah dihasilkan daripada operasi perniagaan untuk sesuatu tempoh.

Penyata pendapatan itu membenarkan pelabur-pelabur mengetahui keadaan kewangan syarikat yang dilabur, samaadanya ia mengutungkan. Secara umumnya, sebuah syarikat yang sihat sepatutnya membawa masuk lebih banyak wang daripada dibelanjakan. Syarikat-syarikat yang mempunyai perbelanjaan yang rendah berbanding dengan hasil atau keuntungan yang tinggi berbanding dengan hasil adalah syarikat yang mempunyai fundamental yang kukuh.

Secara kesimpulan, pemahaman kesihatan sesebuah syarikat dapat difahm dengan jelas melalui penyata pendapatannya. Penjualan yang bertambah tanda pertama fundamental yang semakin kukuh. Manakala, peningkatan margin menunjukkan kecekapan pekerja syarikat yang bertambah dan membawa kepada peningkatan keuntungan juga.

2.3 Aliran Tunai

Kenyataan aliran tunai adalah satu rekod kemasukkan wang tunai perniagaan dan pengeluaran wang tunai. kenyataan ini adalah penting, supaya kedudukan kewangan syarikat dapat diperiksa supaya ia mempunyai rizab tunai yang cukup untuk bertemu dengan kewajipan tempoh singkatnya.

Dengan rizab tunai cukup, ia boleh mengelak situasi seperti: dana tunai yang tidak cukup untuk membayar bil-bil elektrik atau air dan invois pembekal. Situasi seperti ini akan memburukkan nama syarikat atau menyebabkan tindakan undang-undang syarikat.

Dibawah adalah formula untuk mengira aliran tunai:

Pendapatan bersih + susut nilai - perubahan dalam modal kerja - perbelanjaan modal = Aliran Tunai Bersih

2.4 Laporan Juruaudit

Tujuan laporan juruaudit adalah untuk mengesahan bahawapenyata kewangan yang disediakan oleh juruakaun dalaman syarikat adalah tepat. Dan setiap syarikat yang disenarakan di pasaran saham kena menyediakan laporan juruaudit daripada sebuah firma audit yang bertauliah.

3.0 Penilaian Saham

Secara ringkasnya terdapat beberapa cara untuk menilai harga sesuatu saham harga, diantaranya ialah dengan menggunakan nisbah harga-pendapatan (P/E ratio)dan nisbah harga-nilai atas buku (Price to Book ratio).

3.1 Nisbah harga-pendapatan (P/E ratio)

Nisbah harga-pendapatan adalah satu nisbah penilaian harga saham syarikat keatas dividen yang dibayar kepada setiap saham.

Nisbah harga-pendapat = harga pasaran satu saham/dividen satu saham



Secara umum, satu nisbah P/E yang tinggin membenarkan pelabur untuk menjangkakan perolehan yang lebih tinggi pada masa akan datang berbanding dengan syarikat-syarikat dengan satu nisbah P/E yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, nisbah P/E adalah lebih baik digunakkan untuk membuat perbandingan diantara pesaing-pesaing dalam industri yang sama, dimana ia dapat memebrikan gambaran yang lebih tepat tentang keberkesanan sesebuah syarikat untuk menjanakan keuntungan.


3.2 Nisbah harga-nilai atas buku (Price to Book ratio)

Nisbah harga-nilai atas buku adalah perbandingan anatra harga saham sesebuah syarikat dengan nilai rizab dalam buku akaun syarikat tersebut.

Nisbah harga-nilai = harga pasaran satu saham/(jumlah aset-aset tidak ketara + liabiliti)


*Aset tidak ketara = aset yang bukan dalam bentuk fizikal, seperti jenama atau harta intelektual

Dengan satu nisbah P/B yang lebih rendah boleh bermaksud bahawa saham itu dinilai lebih kurang daripada yang sepatutunya. Sebagaimana, dengan nisbah harga-pendapatan ketinggian dan kerendahan nisbah tersebut bergantung kepada industri.

Nisbah ini memberikan idea sama ada nilai saham yang dibayar terlalu tinggi jikalau syarikat tersebut muflis dan asetnya dilelongkan untuk pembayaran hutang.


4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulan, sebelum melabur dalam sesebuah syarikat adalah amat penting untuk seseorang pelabur untuk memahami cara operasi serta pasaran syarikat yang dilabur itu. Dan seorang pelabur harus berfikir masak tentang pelaburannya juga agar dapat mengurangkan risiko yang ditanggungnya.

No comments:

Post a Comment