Wednesday, March 4, 2009

Peranan Bursa Saham Malaysia

Peranan Bursa Saham Malaysia

Pasaran Saham merupakan satu tempat di mana syarikat boleh menaikkan modal supaya sesuatu perniagaan boleh dimajukan. Biasanya ini berlaku apabila syarikat itu ingin memperluaskan perniagaannya tetapi modal yang sedia ada tidak mencukupi. Maka syarikat itu boleh mengambil keputusan untuk mengapungkan syarikat secara awam, di mana sebahagian daripada syarikat itu akan dijual kepada pelabur individu dan pelabur keinstituan. Pembelian saham satu syarikat yang disenaraikan dijalankan melalui IPO atau Tawaran Awam Permulaan. Informasi tentang kedudukan financial syarikat ini boleh didapati melalui Bursa Malaysia. Jika seseorang inigin membeli stok atau saham ini, dia perlu menjalankan urusniaga ini melalui perkhidmatan seorang broker yang berdaftar.

Selain menyediakan satu tempat untuk menaikkan modal, Bursa Saham Malaysia juga bertindak sebagai pemankin ekonomi. Contohnya individu digalakkan untuk mengeluarkan wang simpanan untuk melabur dalam pasar saham. Wang simpanan ini, kalau dibiarkan dalam akaun simpanan bank, tidak dapat memanfaaatkan ekonomi negara. Apabila dilaburkan dalam pasaran saham pula, banyak syarikat di sector pertanian, perniagaan, pembinaan dan sebagainya dapat bertumbuh dengan lebih pesat, dan ini akan membawa kepada ekonomi negara yang lebih kukuh dan prestasi produktiviti yang tinggi.

Selain ini, sesuatu syarikat boleh bertumbuh melalui cara pemerolehan atau percantuman dengan syarikat yang lain. Objektif yang boleh dicapai melalui percantuman atau pemerolehan ini termasuk memperluaskan network perniagaan, mendapat asset perniagaan, atau untuk meningkatkan penguasaan terhadap pasaran. Percantuman atau pemerolehan ini boleh dilakukan melalui BSM dengan mudah dan cepat.

Secara keseluruhan, pengurusan sesuatu korporasi adalah lebih baik apabila pemilik sahamnya adalah berbagai-bagai jenis dan terdiri daripada orang ramai. Ini adalah kerana cara pengurusan dan kecekapanan sesuatu korporasi itu akan dibuka kepada penelitian orang ramai, dan korporasi itu perlu mempunyai rekod pengurusan yang baik supaya kepercayaan para pelabur terus kekal dan pelaburan saham dalam korporasi itu tidak ditarik.

Bursa Saham juga membuka laluan kepada pelabur individu, terutamanya orang ramai yang tidak mempunyai modal yang besar, untuk membeli saham dan mengaut keuntungan daripada pasaran saham. Selagi seseorang itu boleh membeli lot minima yang ditawarkan, maka dia dapat memiliki saham dalam sesebuah korporasi sama serperti pelabur professional lain.

Prestasi syarikat tersenari di BSM juga boleh digunakan sebagai petunjuk untuk prestasi ekonomi negara. Ini adalah kerana ekonomi negara dan pasaran saham adalah berkait dengan rapat. Maka apabila ekonomi negara stabil, maka saham akan stabil atau naik. Tetapi jika ekonomi negara merosot, maka harga saham akan jatuh.

No comments:

Post a Comment